![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVnmUiXiF3SrT_MMkYbmVUi_OieMnLfm-iVnZlGkKFEqsibCXtMcdUDPNCBZBcR7b_P1SCNoj59kP5e3Jo_yLXbjr4TFKM3XKTXr6ItzZwjYF9iyQIGxza8HlA3z4htX9rL_4QKp_WTSme/s400/HDC+galaxy+S3.jpg)
Barangan tiruan adalah replika pemalsu daripada barangan asli. Barangan tiruan sering dihasilkan dengan niat untuk mengambil kesempatan daripada penjualan barangan tiruan dengan harga yang lebih rendah berbanding barangan asli.
Penjualan barangan tiruan adalah satu kesalahan besar dari segi undang-undang. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM100 ribu atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tetapi, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak.
Malah hukuman tersebut dilihat terlalu ringan berbanding dengan pulangan yang mereka peroleh sehinggakan kegiatan ini begitu sukar dibanteras di pasaran terbuka? Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi orang tertentu menyebabkan peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya di tapak bazar pada larut malam atau lebih dikenali sebagai Down Town. Kegiatan menjual barangan tiruan di pasaran terbuka membabitkan barangan berjenama antarabangsa cukup mendapat sambutan dari pembeli.
Kesedaran mengenai bahaya dan akibat menggunakan barangan tiruan masih di tahap rendah. Ia berikutan sikap 'kedekut' dan tidak kisah yang ada membuatkan mereka lebih selesa menggunakan barangan tidak diiktiraf. Kita mendapati kebanyakan rakyat Malaysia 'mencintai' barangan berjenama, terutama buatan luar negara, namun kurang mampu memilikinya disebabkan harga terlalu mahal. Justeru, sebagai jalan singkat, mereka lebih gemar memilih produk sama namun berbeza daripada segi kualiti dan mutu pembuatannya. Yang penting, mereka tetap kelihatan bergaya pada pandangan orang ramai.
Menurut sumber dari myMetro, mendapati bahawa faktor utama menyebabkan penjual barangan tiruan terus berleluasa disebabkan ada permintaan tinggi daripada pengguna yang mahukan barangan berjenama tetapi murah tanpa mengira faktor keselamatan yang memudaratkan diri. Paling berbahaya ialah ubat-ubatan, terutama pil kurus atau produk makanan yang boleh menjejaskan kesihatan hingga membawa maut jika pengguna tidak peka terhadap label pada bekas atau bahan digunakan.
Kesan penjualan barangan tiruan bukan hanya kepada pemilik dan pengguna, malah kepada negara. Ia secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara disebabkan pelabur luar negara tidak yakin melabur di Malaysia akibat lambakan barangan tiruan yang mudah didapati.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPpnvK7zDVdpK2C-Zz5QJnH0zh_j1Gbsml54pfjFhVZJJESPQWoCqAwND5c5jSuPB6pfcy_2GojoUkOx4kMxxwhMyb7-vAAZg325hymEuKjkJv-B-5jFZ7awfBrRxb1xCOZzVWLb-VXbBX/s400/kosmetik.jpg)
Soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan. Dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bayangkan sebuah beg tangan wanita berjenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Prada, Fendi, Gucci, Channel, Dior, dan sebagainya yang harganya mencecah ribuan ringgit, seseorang boleh memilikinya (produk tiruan) dengan harga tidak sampai pun RM100 di mana-mana gerai jalanan terutamanya di bazar larut malam. Malah jika pandai tawar menawar, harganya jauh lebih murah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSwGO_89ZsozkVUf-Ej5A3Fein0qfyPi-ai8fQIUvFKiBhq5sUcqg8JpcIutnVtbDyyvtqVEewv2JD-BVx0nymsbKzw8wU7mL1hB4QHrr2wI6bvK0Vdc1ik0edyMbbDkgx0xoYmLW_ydDs/s400/Barangan+Tiruan+Dimusnahkan1.jpg)
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk membanteras gejala ini adalah kepada pemilik cap dagang perlu segera membuat laporan sekiranya didapati produk mereka disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, pihak berkuasa haruslah sentiasa membuat pemantauan terhadap lambakan barangan tiruan, terutama yang membabitkan aduan daripada pengguna. Akhir kata kita harus mengambil contoh dari negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Kanada dan United Kingdom (UK) yang peniaga dan pembeli di sana segan untuk menjual dan membeli barangan tiruan.
6 comments:
haalloooo... good job..
nice blog...
good info
tq..
Tq, for your comments...
barang tiruan sememangnya salah disisi undang2..
namun kita harus sedar bhwa pengguna gemar mncari barang tiruan.. kenapa?
barang tiruan berleluasa kerana pengguna sendiri menyokong barang tiruan.. kenapa?
kita harus lihat dan selidik kenapa permintaan kpada barang tiruan ini begitu tinggi hatta mendapat sambutan daripada pengguna.. siapa yg harus ditunding jari? pepatah: bertepuk sebelah tangan tidak akn berbunyi.. hahaha
Post a Comment